Thursday, October 01, 2009

Kita Manusia Biasa


Kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh
Kita bukannya kaya untuk cakap orang lain miskin
Kita bukannya kacak untuk cakap orang lain hodoh
Kita bukannya cantik untuk cakap orang lain tak cantik
Kita bukannya baik untuk cakap orang lain jahat
Kita bukannya alim untuk cakap orang lain lupa sembahyang
Kita bukannya kuat untuk cakap orang lain lemah
Kita bukannya berani untuk cakap orang lain penakut

Tapi...

Kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain
Kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan
Kita adalah kacak jikalau kita tak meninggi diri
Kita adalah cantik jikalau kita sentiasa memuji orang lain
Kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah kebaikan dan menjadi contoh dan teladan orang lain
Kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian kita kepada-Nya dengan seikhlas hati
Kita adalah kuat jika kita sentiasa membantu orang yang lemah
Kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan agama

Ingatlah! kita bukannya manusia yang hebat untuk mencaci dan mengutuk ciptaan-Nya. Dia Maha Mengetahui. Setiap apa yang diciptakannya mempunyai hikmah yang tersendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. salam..i like this...
    manusia gunakan kelebihan yg ada utk manusia yg lain agar manusia ini mendapat manfaat yg berlipat kali ganda utk dirinya...wallahua'lam

    ReplyDelete
  2. salam..setuju..tapi sejauh mana kita praktikkan semua ni, dan sejauh mana manusia sedar erti hidup sebagai hambaNya?

    tu yang misterinya..ramai sentiasa lupa fungsi hamba, tu pasal ramai tidak gunakan kelebihan diri untuk insan lain, tapi hanya untuk diri sendiri je..

    btw, slamat meneruskan mengepost..hehe

    (madrid lawan malam ni, 5-0 set!)

    ReplyDelete
  3. kita bukannya pandai main bola nk kata pasukan bola malaysia teruk ^_^

    ReplyDelete

© Q-riuz (2008 – 2013)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.

"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"