Monday, May 04, 2009

Rindu Andalusia


Rindu Andalusia menyelami penderitaan keluarga Abu Jaafar di tengah keruntuhan kota Cardova. Ratusan kitab kesayangan beliau dibakar oleh tentera Castile di laman Bab el Ramlah. Badan Inkuisisi Granada merampas semua kitab berbahasa Arab dari masjid, pusat sumber, sekolah dan orang perseorangan. Masjid diubahsuai menjadi gereja dan Katedral. Kalau ingin selamat minta sahaja dibaptis menjadi Kristian. Anak cucu Abu Jaafar bertahan menjadi Muslim. Di dalam rumah mereka solat dan berkomunikasi dalam bahasa Arab tetapi di luar mereka berbahasa Castile, menggunakan nama baptis dan menghadiri “misi suci” pada hari Ahad di gereja.


Sampai bila Saleemah, Saad, Hassan, Mariama dan semua keturunan Abu Jaafar sanggup mempertahankan iman? Suami Saleemah, Saad, dipenjara. Dia sendiri difitnah mempraktikkan sihir kerana menyimpan ramuan herba tumbuh-tumbuhan dan biji-bijian yang didapati dari pelbagai kitab berbahasa Arab. Dia dihukum bakar hidup-hidup. Bagaimana nasib Saad? Bagaimana Saleemah berhadapan dengan kehilangan nyawa di tangan penguasa biadab? Bagaimana pula si kecil, Aisyah yang dibela Bibi Mariama? Mampukah mereka bertahan daripada kekejaman yang bersembunyi di sebalik “misi suci” itu?

Rindu Andalusia merupakan buku pertama daripada 3 novel dalam Tsulatsiyah Gharnathat (The Granada Trilogy). Dua buah buku lagi akan segera terbit.

Penulis: Radwa Ashour
Bil. Mukasurat: 395
Penerbit: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Harga: Sem Msia RM23.00 Sbah Srwk RM25.00
(ISI DALAM VERSI BAHASA INDONESIA)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. ala... versi indonesia susa nk baca n paham..nant bca 5 min da tersengguk-sengguk...

    by d way, Q-ruiz perasan x...orang indon ramai yg bncikan orang Mlaysia tpi orang mlaysia x pn... siap buat laman web kutuk2 org mlysia lg, hurm...

    ReplyDelete
  2. kalau untuk novel ni takdela susah sangat sebab ada glosari melayu dekat page belakang, boleh rujuk. ala, takdela pelik sangat bahasa indon kalo nak faham.

    sebab orang kita suka tengok cite indon, orang indon tak suka tengok cite kite. orang kite suke dengar lagu indon, orang indon tak suka dengar lagu kita, dan lain-lain

    ReplyDelete
  3. oooo kantoi Qriuz ske gk n dgr lagu indon hahaha

    ReplyDelete
  4. aku kata aku ke?
    aku dengar nasyid opick ngan snada je
    ~_~

    ReplyDelete
  5. aceh hahah
    waaaa baiknye Q-riuz ni...
    sebaik2 Qriuz x jgn arap nk jd abg ipar hahaha

    ReplyDelete

© Q-riuz (2008 – 2013)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.

"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"