Monday, May 03, 2010

Susah Hati Kerana Dunia Atau Akhirat?


“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat)" (al-Hasyr: 18) 



Selalunya manusia akan merasa susah hati sangat kalau tidak dapat makan. Setiap orang berusaha, bekerja untuk menyimpan dan menabung serta mempersiapkan kewangan simpanan masing-masing untuk bekalan hari tua, agar tidak susah di kemudian hari, seperti mana yang di anjurkan oleh Islam.

Namun jarang sekali kita merasa susah hati benar kalau tidak dapat beribadah pada masa hadapan, tidak pernah rasa bimbang, andai tidak dapat bersolat lagi, atau tidak sempat meraih keimanan, atau tidak kuat lagi melaksanakan tuntutan agama dengan sempurna pada hari tua, kita tidak pernah risau seandainya al-Quran yang di baca pada hari ini jika tidak mampu di baca pada usia tua.

Persiapan kita terbatas hanya untuk kehidupan dunia semata-mata, bekerja sungguh-sungguh untuk mencapai tahap terbaik, dan mahu menerima ganjaran lumayan, sedangkan dunia bersifat sementara, dan kehidupan akhirat adalah selamanya, sepatutnya kita perlu berusaha lebih kuat, menunjukan prestasi ibadah terhadap Allah.

Jika kita ditakdirkan hidup menderita dan susah di dunia ataupun senang, ianya hanya untuk beberapa tahun sahaja, dan di akhirat, jika kita susah dan menderita, maka berabad lamanya kita akan merasainya. Bahkan selamanya bagi sesetengah manusia. Kita mungkin menyedari hakikat ini, akan tetapi kita tidak mengendahkannya atau sengaja diabaikan, kerana mata hati kita dikaburi dunia dan nafsu, malah kita sendiri berani menempah susah. 

Cubalah kita fikirkan, seandainya hari ini merupakan hari terakhir kita di dunia, belum sempat dan cukup persiapan lagi, maka ajal yang datang ianya menjadi satu kejutan buat kita, segala yang kita lalui sebelum ini hanya tinggal kenangan yang segar di ingatan, dan mungkin kita berkata dan merasa tanpa disangka: “baru tadi aku melihat, makan, bercakap, berjalan,..bergerak...sekarang aku di alam lain..” ...renungilah. 

Apabila ditanyakan tentang adakah perbezaan jiwa kita apabila berpisah antara roh dan jasad? Lalu dijawab: Bagaimana perasaan kita di dunia begitulah jugalah perasaan kita di alam akhirat, hanya berlaku perpindahan tempat sahaja..Oleh itu, cuba rasakan hari ini kita tidur di atas tilam, esok kita tidur di bertilamkan tanah, sedangkan apa yang kita rasai adalah sama. Wallahua'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

© Q-riuz (2008 – 2013)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.

"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"