Sunday, October 31, 2010

Sami Yusuf - Wherever You Are


Sudah lama saya tidak menulis ulasan mengenai album nasyid. Kali terakhir (dan juga merupakan yang pertama) adalah mengenai album inteam Allahu Rabbi. Setahun kemudian, setelah banyak album yang tercicir untuk saya ulas, kini saya kembali mengulas album-album nasyid yang terkini di pasaran. Untuk kali ini, mempersembahkan, Wherever You Are oleh Sami Yusuf.

Sami Yusuf merupakan seorang artis nasyid yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada semua. Namanya telah lama berpijak dalam industri muzik antarabangsa sejak terbitnya album pertamanya al-Mu'allim pada tahun 2003. Kini tampil dengan albumnya yang keempat, Sami Yusuf tampak langsung tidak tergugat mahupun tenggelam dengan lagu-lagunya yang lembut, menenangkan dan berestetik tinggi.

Album Wherever You Are mempunyai 15 buah lagu, tetapi tiga daripadanya hanyalah lagu yang sama cuma dialihbahasakan kepada beberapa bahasa yang lain, dan juga dua lagu dari album sebelum ini (Without You) yang diberi sentuhan baru iaitu lagu In Every Tear, He Is There dan Without You (album ketiga sebenarnya mempunyai beberapa masalah dengan Awakening Record atas kelewatan, masalah promosi dan sebagainya maka ada yang mengatakan secara rasmi album itu tidak tersenarai. Sami Yusuf kemudiannya beralih ke ETM International untuk album ini).

Berikut adalah senarai lagu dalam album ini:
1. Wherever You Are
2. Salaam
3. Without You
4. You Came To Me (English)
5. Give The Young A Chance
6. Trials of Life
7. Worry Ends
8. Fragile World
9. In Every Tear, He Is There
10. Make Me Strong
11. No Words Is Worthy
12. Healing
13. You Came To Me (Arabic)
14. You Came To Me (Turkish)
15. You Came To Me (Farsi)

Sebuah album yang wajib ada dalam koleksi penggemar nasyid, patut ada bagi yang sukakan lagu-lagu yang menenangkan, dan harus ada bagi mereka yang secara literalnya sukakan muzik. Saya beri 4 bintang solid daripada 5 bintang untuk album ini. Maklumat lanjut sila layari Sami Yusuf Official atau page Facebooknya Sami Yusuf.

p/s: Lagu kegemaran peribadi; Give The Young A Chance dan Trials of Life. Dan dalam lagu No Words Is Worthy, ada bahagian liriknya Bahasa Melayu. Nak dengar Sami Yusuf berbahasa Melayu? Dengarlah! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. ada link nk download x?
    kongsi2

    ReplyDelete
  2. maaf, tidak disarankan untuk mendownload. beli yang original atau cari sendiri. ~_~

    ReplyDelete

© Q-riuz (2008 – 2013)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.

"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"