Friday, December 19, 2008

Gugur Di Jalan Dakwah

 

Tidak seperti gugurnya dedaun dari pokok atau jatuhnya sesuatu dari tempat tinggi, keguguran dijalan dakwah adalah satu yang tidak dapat dilihat oleh pancaindera yang lima.
Seseorang yang gugur di jalan dakwah tidak akan merasa sakit atau menemui kesan lebam pada mana-mana bahagian badannya, kerana ia adalah soal maknawi atau isu berkaitan insan dengan tuhannya.Penggabungan diri dengan dakwah bermula dengan kesedaran seseorang terhadap tanggungjawab yang harus ia pikul bagi pihak Allah dan rasulnya, ia itu tanggungjawab menegakkan kebenaran, menentang kebatilan dan menyambungkan risalah dengan generasi seterusnya.
Ia adalah amal yang berterusan dan memerlukan keazaman ulul azmi dari kalangan rasul. Dari keazaman yang kuat ini usaha diteruskan untuk mengumpul seberapa banyak kekuatan sama ada dari segi bilangan atau juga peralatan. Dan siaplah dirimu dengan kekuatan untuk berdepan dengan mereka sedaya upaya kamu.
Da'ie bukan muslim biasa. Mereka ialah orang yang meletakkan agama Allah di hadapan dan sentiasa bersiap siaga untuk berada dimana tuhan mahu ia berada mengikut kepentingan dakwah. Diri dan hartanya wakaf untuk agamanya. Mereka tidak memiliki diri mereka lagi, kerana mereka telah berbaiah dan menjual diri mereka kepada Allah, harganya ialah syurga.
Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang mukmin diri mereka dan harta mereka dengan syurga…mereka berjuang di jalan Allah lalu membunuh dan dibunuh, satu janji yang pasti ditepati seperti tercatat dan Taurat, Injil dan Quran.

 

 
Inilah cara bagaimana Allah menghidupkan seseorang dalam kehidupan yang barunya. Wahai orang-orang yang beriman sahutlah seruan Allah dan rasulnya apabila ia menyeru kamu kepada apa yang menghidupkan kamu.
Begitulah ketinggian seorang da'ie waktu ia berada pada kemuncak kesetiaan kepada Allah, Rasul dan agamanya. Oleh itu berpuluh tempat di dalam Quran Allah memperingatkan mereka tentang kesetiaan. Setialah dengan baiah kamu disebut berulangkali tanpa jemu dan puas.
Namun kesetiaan datangnya dari keimanan, keimanan ditegakkan dengan keazaman dan keazaman datangnya dari kesedaran. Apabila kesedaran telah lemah dan keazaman mula luntur, maka kesetiaan juga akan terjejas. Begitu bermula kisah keguguran.
Mungkin banyak pentafsiran - sebahagiannya teknikal - disebalik fenomena keguguran tetapi yang jelasnya ialah mereka telah merungkai baiah, merombak kesetiaan dan membatalkan jual beli yang mereka telah materainya dengan Allah. Kini diri mereka kembali kepada mereka dan khidmat mereka adalah untuknya.
Akan dapat dilihat dengan jelas perbezaan atau jurang cara hidup antara da'ie yang mewakafkan hidup mereka untuk Allah s.w.t dengan mereka yang membatalkan jual beli mereka dengan Allah dan memulakan hidup baru diri mereka dan keturunan mereka dalam dunia yang mereka sangkakan milik mereka.
Bangun dan Berikanlah Peringatan
"Therefore remember Me. I will remember you and be grateful to Me and never be ungrateful to Me." (Al-Baqarah: 152)
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. Assalamualaikum.. Nice article..Berguguran di Jalan Dakwah adalah fenomena biasa yang tidak boleh dipandang enteng.. Banyka kes ketika bergelar student yang sangat aktif namun apabila memasuki alam pekerjaan, risalah yang dibawa mula dilupakan. Moga kita tetap di jalan ini, dan mati di jalan ini. Perniagaan yang menguntungkan dan tidak pernah merugikan.

    ReplyDelete

© Q-riuz (2008 – 2013)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.

"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"