Friday, January 23, 2009

GAME OVER Bukan THE END



“Argh! Kalah lagi!”

Saya hanya tersenyum melihat telatah rakan saya itu. Untuk sekian kalinya dia gagal dalam menyelesaikan misi permainan videonya.

“Berapa kali dah kau main stage tu tak lepas-lepas?” saya bertanya.

“Dua hari dah Afiq...sakit betul hati aku ni. Susah betul nak lawan Red Eye ni!” Khairul menjawab, tetapi matanya tetap terpaku pada skrin komputernya. Game Lost Planet yang baru dibelinya seminggu lepas adalah santapan hariannya kebelakangan ini.

“Haha! Pakai je la cheat, kan senang?” saya cuba memberi jalan penyelesaian.

“Dah cari cheat dia dalam internet, tak jumpa...” sesekali Khairul menggaru kepalanya yang tidak gatal itu, rungsing.

Saya sama sekali tidak menghalang kawan saya untuk bermain game, asalkan ibadat dan tanggungjawabnya yang lain telah dia laksanakan dahulu. Hatta saya sendiri sekurang-kurangnya bermain game komputer sehari sekali, hilang juga tekanan sedikit sebanyak.

Khairul tidak berputus asa, sekali lagi dia bermain untuk petang itu. Entah kain jemurannya yang diluar itu dihiraukannya atau tidak, kerana cuaca sudah semakin mendung. Namun semangat juangnya yang tinggi untuk memenangi permainan itu, menjadikan hal-hal lain tidak dihiraukannya.

-GAME OVER-

Tidak sampai lima minit, perkataan yang menghantui Khairul (bahkan semua gamer) terpampang di skrin komputernya. Dengan bentuk tulisan seakan-akan darah sedikit sebanyak menyebabkan psikologi Khairul menjadi lemah tak bermaya.

“Argh...sikit je lagi...”Khairul merungut.

Dia menekan semula butang restart.

“Eh, kan game dah over? Buat apa main lagi?” saya bertanya sindir.

Game Over bukan The End!” Khairul menjawab mudah, mukanya kelihatan bersemangat kembali.

Psikologi dalam permainan video.




Berhenti Bukan Tamat

Isu Palestin-Israel adalah isu utama pada muka hadapan setiap surat khabar di dunia. Bermula akhir bulan Disember sehinggalah pertengahan Januari, kita dimaklumkan berkenaan kesusahan rakyat Palestin yang tidak bersalah ditindas oleh rejim zionis Israel berpalu-palu. Alhamdulillah, ramai di antara kita rakyat Malaysia, prihatin terhadap isu ini. Bukan sahaja warga Islam, malah satu dunia menyuarakan perkara yang sama, kekejaman Israel adalah tidak patut! Hanya dua pihak sahaja, yang entah bagaimana, merasakan tindakan Israel itu rasional, Israel dan pemimpin Amerika.

Setelah 22 hari Gaza dihancurkan tentera Israel, akhirnya barulah genjatan senjata dapat dilaksanakan oleh kedua-dua pihak, Israel dan Hamas. Ramai yang menarik nafas panjang kerana siri peperangan tidak berperikemanusiaan itu telah berakhir.

Telah berakhir?

Siapa kata?

Pelik apabila masyarakat menyamakan ‘genjatan senjata’ dengan ‘perang berakhir’. Nyata masyarakat kita buta dengan situasi dan kefahaman yang sebenar, yang selalu ditutup melalui media massa. Malah ada yang berkata, “Perang sudah tamat! Mari kita raikan di McD!”, “Okay, cabut semua poster Palestin, dah habis isu tu.” Apa semua ini?

Masyarakat hanya tahu, isu Palestin-Israel hanya terjadi di Gaza beberapa minggu yang lepas, masyarakat hanya tahu, Israel bertindak hanya untuk menumpaskan Hamas, masyarakat hanya tahu, apabila diisytihar genjatan senjata, kedua-dua pihak akan berbaik?

Silap wahai saudaraku.

Isu Palestin-Israel bukan isu perang di Gaza selama 22 hari, ia isu lebih 60 tahun! Isu Palestin-Israel bukan isu perang dua negara, ia isu perang dua agama!

Tetapi masyarakat masih buta. Hanya apabila ianya menjadi isu hangat, barulah semua bangun bersuara. Apabila isu ditutup, semuannya leka, leka dikhayali dengan hiburan yang melampau-lampau.

Ini hanya satu GAME OVER daripada siri-siri peperangan sebelum ini. Ini bukan THE END.

Manusia tidak pernah puas selagi mereka tidak peroleh apa yang mereka hajati. Selagi tidak sampai ke THE END atau yang lebih baik, YOU WIN, selagi itu manusia akan cuba sedaya upaya untuk mencapainya. GAME OVER hanyalah istilah menghina, yang ditujukan kepada mereka yang cuba untuk sampai tetapi kecundang, dan ia merupakan amaran persediaan untuk mereka melengkapkan diri untuk mencuba sekali lagi.

Yahudi tidak pernah akan mengaku kalah walau berkali-kali GAME OVER. Ini difirmankan sendiri dalam surah al-Baqarah ayat ke-120:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka.”

Maka apa peranan kita sebagai umat Islam?

Jangan tunggu sampai Yahudi mendapat THE END! Pastikan kita dahulu mendapatnya! Terus memboikot barangan Israel! Terus mengancam penindasan Palestin! Terus perjuang hak saudara seagama kita! Terus menegakkan syiar Islam!

YOU WIN!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. ulasan menarik...
    isu palestie makain dilupakan
    orang mlayu mudah lupa kata mahadhir
    ape nk jadi ngn orang islam ni
    _khairul_

    ReplyDelete
  2. betul3...

    bersame kite teguhkan kembali!

    jangan sesekali lupe ape yang mereke bagi!

    ReplyDelete

© Q-riuz (2008 – 2013)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.

"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"