Sunday, January 04, 2009

Gaza Bakal Lenyap Dari Peta Dunia

Kelmarin, tentera Israel mula menggugurkan ribuan surat amaran kepada penduduk Gaza. Mesej yang terkandung dalam surat amaran itu berbunyi begini :

Kepada semua penduduk Gaza, sila tinggalkan bumi Gaza jika mahu selamat.

Dalam masa yang sama, tentera Israel sudah bersiap sedia untuk menyerang Gaza melalui jalan darat. Ribuan kereta kebal dan askar Israel sedang menanti arahan seterusnya daripada pemimpin mereka.

Semalam, Presiden George W Bush mula bersuara mengenai konflik yang sedang melanda Gaza.

Seperti dijangka, ucapan Bush bukannya untuk menamatkan konflik, sebaliknya Bush memberikan lampu hijau kepada Israel untuk menyerang Gaza dengan lebih dahsyat.

Alasan yang diberikan Bush sudah dijangka. Baginya, Hamas dan Hizbullah adalah pengganas serta kuncu Iran.

Hamas dan Hizbullah sememangnya mendapat latihan dan bekalan senjata daripada Iran, satu-satunya negara Arab yang masih berani memberikan bantuan seumpama itu secara terang-terangan kepada pejuang Palestin.

Sejak April 2008, Bush sudah merancang untuk menyerang Gaza. Bush yang gilakan darah umat Islam berasa sangat kesal kerana tidak dapat menyerang Iran.

Dengan baki pemerintahannya yang beberapa hari sahaja lagi, Bush mahu memastikan Gaza menjadi milik Israel.

Alasan Bush mahu menyerahkan Gaza kepada Fatah selepas konflik ini berakhir amat tidak realistik sekali. Fatah tidak mempunyai kemampuan untuk mentadbir wilayah Gaza yang mempunyai 1.5 juta penduduk.

Mahu atau tidak mahu, Fatah terpaksa menerima bantuan Israel untuk membantunya mentadbir bumi Gaza selepas ini.

Apa gunanya Fatah mentadbir bumi Gaza jika pentadbir sebenarnya nanti bukanlah Fatah tetapi yang mentadbirnya nanti adalah rejim Zionis. Hasilnya nanti, peta Gaza bakal lenyap dari bumi Palestin.

Jika anda sedang berharap Obama akan menyelesaikan isu ini, lupakanlah sahaja harapan itu kerana Obama dalam siri kempennya tidak langsung menyentuh isu Palestin. Yang disebutnya hanya Iraq dan Afghanistan kerana kedua-dua negara itu sudah ditadbir boneka Amerika dan Zionis.

sumber: http://nuraflah.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

© Q-riuz (2008 – 2013)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.

"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"