Sunday, July 19, 2009

WANTED - The Arrivals



Pada cuti semester yang lepas, seorang pengunjung blog saya telah menulis sesuatu di shoutbox blog. Beliau menggunakan nama samaran ainul mardhiah dan mencadangkan saya supaya menonton dan mengulas mengenai sebuah filem (dokumentari?) yang bertajuk The Arrivals.

Saya telah cuba mencari video tersebut di internet dan saya menjumpainya di YouTube. Oleh kerana video itu dipotong-potong di dalam YouTube sebanyak lebih kurang 50 episod, maka saya menangguhkan hajat untuk menontonnya (tak mahu muat turun) dan memberitahu si ainul mardhiah supaya memberi video itu kepada saya pada semester ini, memandangkan beliau sendiri mengatakan bahawa beliau ada kesemua video The Arrivals tersebut. Beliau bersetuju.

Tetapi malangnya hingga kini saya tidak menerima apa-apa respon daripada beliau.

Maaf, saya tidak mengenali diri beliau, maka saya hanya boleh menunggu. Maaf, saya juga tidak tahu bagaimana hendak menghubungi beliau, maka saya hanya mampu menulis pengumuman ini di blog saya, mudah-mudahan beliau membaca post saya kali ini dan memberi respon. Mungkin beliau terlupa atau terlalu sibuk...

Berdasarkan melalui pencarian dan pembacaan saya di internet, apa yang saya ketahui The Arrivals adalah sebuah filem (dokumentari?) yang mendedahkan mukjizat agama-agama besar dunia seperti kedatangan Dajal, Imam Mahdi, kelahiran Jesus kedua dan sebagainya. Hasil karya HashemFilms dan diambil terus melalui isi-isi yang terkandung di dalam Quran, Bible, Torah (Taurat) dan seumpamanya.

Hmm....

Isu yang menarik, malah mendalam. Saya sendiri tertanya-tanya apakah saya boleh memahami segala isi-isi yang mungkin ada dalam video tersebut. Serba sedikit saya teruja.



Sementara masih lagi di awal semester, dan sementara saya masih sempat untuk menonton sebarang satu dua video, adalah amat saya harapkan supaya beliau (ainul mardhiah) memberi salinan video tersebut kepada saya, atau sesiapa sahaja, jika tidak keberatan. Saya tidak kisah siapa, yang penting ilmu dan manfaat yang diperoleh melalui perkongsian ini, insyaallah.

"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Islam); (sesuai) fitrah Allah disebabkan Dia telah menciptakan manusia menurut (fitrah) itu. Tidak ada perubahan pada ciptaan Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (ar-Rum: 30)

*beliau (ainul mardhiah) atau sesiapa sahaja yang mempunyai video The Arrivals bolehlah menghubungi 013-8855974 (mesej sahaja) atau qriuz0@yahoo.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 comments:

  1. salam..kwn sy ada the arrival tu..tp xpasti lg sumer ke x..

    ReplyDelete
  2. ha...takpe, asalkan ada serba sedikit jadi la, daripada kosong terus

    ReplyDelete
  3. kalau boleh sesiapa yang ada video itu lengkap, bagi by hand. kalau bagi ikut emel, samalah macam download dari internet, iaitu teramat memakan masa (dan duit!)
    ~_~

    ReplyDelete
  4. salam afiq..nak tanya...lagu nasyid masa evening @E tu tajuk dia apa ek..insan cemerlang ummah terbilang ek...(sry tanya pasal ni plak bukan pasal artikel ni =))

    ReplyDelete
  5. Tajuk dia, "Pastikan"
    Lagu kedua lak, "Segenggam Kasih"
    ~_~

    ReplyDelete
  6. Syukran, terimah kasih, arigato'gozaimasta'...=)

    ReplyDelete
  7. huhuhuhuhu mana nak dapat lagu pastikan tu???

    ReplyDelete
  8. hanya kami saja yang ada lagu tu, nak ke? ~_~

    ReplyDelete
  9. kalo nak bgtau la diri anda itu siapa, wahahaha kalo x mcmane nak kasi...

    ReplyDelete
  10. assalam,ualaikum...saya akan beri di e nanti...i will put the CD on post boxes besides the HEP office and message you once i've done with them...

    asif jiddan, busy ngan final year project...
    tapi saya tetap ingat janji saya...cuma tertangguh...maaf.....

    p/s: 1000000 tu leh dapat x?.. =)

    ReplyDelete
  11. waalaikumsalam...ha...muncul pun! takpe, tau sibuk. no problem.

    p/s: 1000000 tu dah dibelanja oleh saya sebab lambat sangat. hehe

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  13. settle. saya dah dapat video The Arrivals lengkap 50 episod. terima kasih banyak2 kepada ainul mardhiah dan juga rakan2 lain yang membantu dlm memberi & mencari video ini.sesiapa nak sila datang bilik saya copy, hantar emel tidak dilayan sbb internet slow

    ReplyDelete
  14. pantasnya....

    ReplyDelete
  15. laaaa..xleh bagi dekat emel ker..kite baru nak bagi emel nak lagu pastikan tu huhuhuhuhuhu...
    x pun bagi dekat ariel bleh?? kenal kan ngan ariel...=)

    ReplyDelete

© Q-riuz (2008 – 2013)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.

"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"