Sunday, August 09, 2009

Sangka-sangka...Tabiat Manusia


Manusia hari ini suka sangka-sangka
Ada sangkaan baik...
Ada sangkaan buruk...

Orang beribadah disangka riak
Orang yang berehat disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka hina
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka mem'bela'

Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal
memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu dimakan api...

Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang
boleh kita buat. Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

wallahu'alam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. Diceritakan dari sebuah hadis sahih ringkasannya begini (sumber Ustaz Zaharudin):

    Suatu malam, Rasulullah s.a.w sedang beriktikaf di masjid bila mana Safiyyah, isteri baginda bertandang ke masjid bagi membincangkan sesuatu bersama Rasulullah. Malam itu bukan giliran Safiyyah, sebaliknya giliran isteri baginda yang lain, lantas Nabi dengan sifat adilnya meminta Safiyyah menangguhkan perbincangan pada ketika gilirannya. Disebabkan malam sudah pekat, maka Nabi mengiring perjalanan Safiyyah pulang ke rumah. Dalam perjalanan mereka dalam malam yang pekat itu, dua orang Ansar ternampak Rasulullah bersama seorang perempuan (Safiyyah) yang tidak mereka kenali. Lantas dua sahabat ini mempercepat langkah mereka memesong ke arah lain. Nabi ternampak akan hal itu lalu memanggil kedua-dua mereka. Nabi kemudiannya menerangkan bahawa wanita itu adalah Safiyyah, isterinya. Dua sahabat tadi menjelaskan bahawa mereka sememangnya tidak bersangka buruk terhadap Rasul kekasih Allah itu. Lantas Nabi menjawab (lebih kurang); “Aku tahu kamu tidak bersangka buruk terhadapku, tetapi aku risau bahawa syaitan akan melontarkan prasangka buruk dalam hati kamu”.

    Iktibar dari hadis ini adalah jangan kita menyalahkan orang lain yang bersangka buruk terhadap kita, seandainya kita sendiri yang meletakkan diri dalam undangan sangka buruk manusia. Nabi mengajar kita untuk menjauhi lubang-lubang fitnah sedaya boleh. Peringatan buat diri sendiri dan kalian. Wallahualam.

    ReplyDelete
  2. panjangnya komen....
    commencing shutdown....
    no comment

    ReplyDelete

© Q-riuz (2008 – 2013)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.

"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"