Sunday, December 05, 2010

Riuz + Lun = Q-riuz Baru!!


Dua blogger menulis dalam satu blog yang sama, Riuz dan Lun di Q-riuz!


 


Akhirnya blog Q-riuz tidak dikendali secara berseorangan lagi kerana Lun tampil membantu untuk sama-sama menulis di Q-riuz! Insyaallah selepas kedatangan Lun di Q-riuz, blog ini akan lebih aktif dengan artikel-artikel baru dan kreatif, memandangkan Riuz seorang tidak cukup masa untuk mengendalikannya. 

Siapa Lun?
Bagi mereka yang tidak mengetahui, beliau adalah salah seorang rakan Riuz yang ........, ........., dan ........ (sila isi tempat kosong sendiri kerana khuatir Lun akan kembang hidung apabila dipuji). Beliau sebelum ini menulis dalam blognya sendiri (yang telah beberapa kali menukar nama) iaitu http://sompi.blogspot.com. Beliau memiliki penulisan yang tersendiri, unik dan kreatif. Suatu faktor yang tampak kurang dalam blog Q-riuz yang ada sesetengah pembaca melihatnya terlalu sarat. 

Bagaimana hendak membezakan penulisan Riuz dan Lun?
Lambat-laun pembaca akan dapat membezakannya dengan mudah. Seperti yang diperkatakan di atas, penulisan Lun adalah lebih mudah dan santai jika dibandingkan dengan Riuz yang sarat dan padat. Untuk kepastian, rujuk 'posted by' di bahagian bawah artikel.

Siapa yang akan lebih banyak menulis, Riuz atau Lun?
Bergantung pada masa dan kelapangan kedua-dua penulis. Kami menulis apabila perlu dan lapang. Penulisan yang berkualiti memerlukan masa yang berkualiti.

Bagaimana hendak berhubung dengan kedua-dua penulis?
Riuz : qriuz0@yahoo.com
Lun :  0138988805k@gmail.com

Akhir kata, sekalung tahniah diucapkan kepada Lun atas kedatangan beliau dan diharap blog Q-riuz akan dapat pergi dengan lebih jauh dan maju dalam era penulisan yang lebih benar, tepat, kreatif dan unik untuk tatapan pembaca yang dikasihi semua.

*komik oleh Lun dan penulisan oleh Riuz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. Tahniah! Gandingan yg mantobb!

    ReplyDelete
  2. wow!! baru perasan..cam kamen rider double la?? haha..paper pon,,semoga pembaharuan dasar bg blog ni berjalan lancar,,n keep aktif..:p perlukah aku pon kena tukar dasar gak?? ceyh..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas sokongan yang diberikan. Insyaallah kami akan beri yang terbaik dalam blog kami.

    ReplyDelete

© Q-riuz (2008 – 2013)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.

"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"