Wednesday, January 02, 2013

Ringkasan Kemunculan Kalendar Masihi



Tahun 2013. Selamat datang tahun baru, selamat pergi tahun lalu. Mungkin semua sudah maklum dengan sejarah kalendar Islam (Hijrah), tetapi bagaimana pula dengan sejarah kalendar Masihi ini? Artikel ini secara ringkas saya sediakan untuk pengetahuan umum kita semua.


Kalendar Masihi, atau juga dikenali sebagai Kalendar Gregory (Gregorian calendar) adalah kalendar yang digunapakai di seluruh dunia secara umum pada masa kini. Ianya dinamakan sempena dengan nama orang yang memperkenalkan ia pada February 1582; Pope Gregory XIII.

Kalendar Gregory adalah kalendar yang berasaskan putaran matahari iaitu 365 hari dalam setahun yang dibahagikan kepada 12 bulan dengan kadar yang berbeza-beza mengikut bulan. Setiap bulan mengandungi sama ada 30 atau 31 hari dan satu daripada bulan-bulan tersebut (Februari) mengandungi 28 hari dalam setahun. Tahun lompat biasanya terjadi sekali dalam setiap empat tahun yang mana ianya menambah satu hari lebih pada bulan Februari menjadikannya 29 hari pada tahun tersebut.

Penyelarasan Dengan Equinox


Kalendar Gregorian menambahbaik Kalendar Julian (Julian calendar) kerana Kalendar Julian mempunyai kesalahan 1 hari dalam setiap 128 tahun. Pengenalan Kalendar Gregorian membenarkan penyelarasan equinox antara bumi dan matahari, namun beberapa hari terpaksa dihapuskan apabila perubahan ini mula dilakukan.

Kalendar Gregorian ini mula digunapakai di Itali, Poland, Portugal, dan Sepanyol pada tahun 1582. Antara perubahan yang dilakukan oleh Kalendar Gregorian adalah seperti berikut:

a) 10 hari dimansuhkan pada October 1582. 15 Oktober 1582 adalah hari pertama Kalendar Gregorian berikutan hari terakhir Kalendar Julian iaitu 4 Oktober 1582, bermaksud tarikh 5 - 14 haribulan Oktober 1582 adalah tidak wujud!

b) Satu cara baru diperkenalkan untuk menentukan tarikh Hari Easter supaya ianya sentiasa jatuh tepat pada equinox bulan Mac

c) Kaedah untuk mengira tahun lompat diubah iaitu tahun lompat ialah jika:
    - tahun itu boleh dibahagi sempurna dengan 4
    - tahun itu boleh dibahagi sempurna dengan 100, ianya BUKAN tahun lompat kecuali
    - tahun itu juga boleh dibahagi sempurna dengan 400, maka ia adalah tahun lompat

Contohnya, tahun 1900, 2100, dan 2200 bukan tahun lompat tetapi tahun 1600, 2000, dan 2400 adalah tahun lompat.

Kalendar Julian kini (antara tahun 1901 dan 2099) adalah 13 hari ketinggalan daripada Kalendar Gregorian kerana mengandungi terlalu banyak tahun lompat. Kalendar Gregorian hanya ketinggalan 1 hari dalam setiap 3,236 tahun.

Siapakah Pencipta Kalendar Gregorian?

Pope Gregory XIII
Luigi Lilio

Walaupun Kalendar Gregorian ini dinamakan sempena nama Pope Gregory XIII, ianya sebenarnya adalah daripada kalendar ciptaan seorang doktor, ahli astronomi, dan juga ahli falsafah yang bernama Luigi Lilio (juga dikenali sebagai Aloysius Lilius). Beliau lahir pada tahun 1510 dan mati pada tahun 1576, enam tahun sebelum kalendarnya diperkenalkan secara rasmi.

Adakah Kalendar Yang Tepat?

Tiada kalendar yang sempurna. Kesemuanya ada yang tersalah pada saat, minit, jam atau hari setiap tahun jika dibandingkan dengan tahun tropika.

Name of calendarWhen introducedAverage yearApproximate error introduced
Gregorian calendarAD 1582365.2425 days27 seconds (1 day every 3,236 years)
Julian calendar45 BC365.25 days11 minutes (1 day every 128 years)
365-day calendar-365 days6 hours (1 day every 4 years)
Lunar calendarancient12-13 moon-monthsvariable

Asal-usul Nama Bulan

Kebanyakan bahasa, termasuklah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menggunakan nama bulan yang berasal daripada Latin. Maknanya disenaraikan dibawah.

MonthLatinOrigin
JanuaryJanuariusNamed after the god Janus.
FebruaryFebruariusNamed after Februa, the purification festival.
MarchMartiusNamed after the god Mars.
AprilAprilisNamed either after the goddess Aphrodite or the Latin word aperire, to open.
MayMaiusProbably named after the goddess Maia.
JuneJuniusProbably named after the goddess Juno.
JulyJuliusNamed after Julius Caesar in 44 B.C.E. Prior to that time its name was Quintilis from the word quintus, fifth, because it was the 5th month in the old Roman calendar.
AugustAugustusNamed after emperor Augustus in 8 B.C.E. Prior to that time the name was Sextilis from the word sextus, sixth, because it was the 6th month in the old Roman calendar.
SeptemberSeptemberFrom the word septem, seven, because it was the 7th month in the old Roman calendar.
OctoberOctoberFrom the word octo, eight, because it was the 8th month in the old Roman calendar.
NovemberNovemberFrom the word novem, nine, because it was the 9th month in the old Roman calendar.
DecemberDecemberFrom the word decem, ten, because it was the 10th month in the old Roman calendar.

Tiada Tahun Sifar

Dalam sistem penomboran tahun AD, sama ada ianya untuk Kalendar Julian atau Gregorian, AD 1 dimulakan selepas 1 BC. Tiada tahun "0" antara kedua-duanya. Disebabkan hal ini, pakar-pakar bersetuju bahawa abad baru bermula pada tahun yang mana digitnya "01" (1801, 1901, 2001); milenium baru juga bermula pada tahun 1001 dan 2001. Kesilapan umum adalah mengatakan bahawa abad dan milenium baru dimulakan dengan digit sifar (1800, 1900, 2000, dll).

Rujukan

http://www.timeanddate.com/calendar/gregorian-calendar.html
http://www.webexhibits.org/calendars/year-history.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Gregorian_calendar
http://www.elizabethfiles.com/the-first-day-of-the-gregorian-calendar/4390/
http://www.tondering.dk/claus/cal/gregorian.php
http://norbyhus.dk/calendar.php

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

© Q-riuz (2008 – 2013)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.

"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"