Friday, January 04, 2013

Budaya Tunduk Hormat Kepada Orang Tua Sudah Pupus?




Beberapa minggu ini baru saya sedari, ada sesuatu yang agak janggal apabila saya memasuki masjid untuk mendirikan solat Jumaat. Ketika saya memerhatikan anak-anak muda yang masih bersekolah majoritinya masuk ke dalam masjid, apabila melintasi para jemaah lain yang lebih tua, tiada seorang pun yang tunduk hormat, walau sedikit. Masing-masing gah berjalan deras, apatah lagi hendak memandang jemaah-jemaah yang tua yang dilintasinya.

Sejak bila amalan kita ini pupus?


Bahkan saya sendiri, apabila berjalan melintasi sesiapapun, sudah terbiasa untuk tunduk sedikit, sambil memanjangkan tangan kanan, meminta izin untuk lalu dihadapan.

Mungkin perkara ini nampak amat kecil, tapi adalah kesilapan yang amat besar jika kita tidak peka dan prihatin dengan cara dan gaya hidup anak-anak muda kini yang entah bagaimana, makin kurang mengamalkan budaya hormat-menghormati yang dari dahulu kita budayakan.

"Bukanlah umatku, orang yang tidak menghormati orang tua, tidak menyayangi anak-anak dan tidak mengenal orang 'alim." (HR Ahmad dan at-Tabrani)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

© Q-riuz (2008 – 2013)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.

"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"