Tuesday, January 15, 2013

Listen! Listen! Listen! Let Me Speak!



Listen.

Sebelum anda membaca post ini adalah lebih baik untuk anda menonton forum di atas terlebih dahulu. Cukuplah hanya bahagian 4 selama lebih kurang 15 minit untuk anda nilai. Jika anda telah pun menonton video di atas lebih awal daripada sebelum ini, tahniah, anda seorang yang peka dan prihatin terhadap isu-isu semasa.

Listen.

Katanya Forum Mahasiswa, kenapa tidak benarkan mahasiswa bersuara? Disekat di tengah jalan, dijauhkan mikrofonnya. Cuba kalau kita tengah buang air tiba-tiba dihalang separuh jalan, siapa yang tak geram? Malah bercakap tentang hormat tapi tak tunjuk pun?

Listen.

Kalaulah pun Cik Bawani itu salah dalam faktanya semasa menyampaikan hujahnya yang separuh jalan itu, kenapa dihalang? Sebab dia menyebelahi pembangkang? Sebab suaranya lantang? Sungguh tidak professional caramu Sharifah Zohra Jabeen. Apatah lagi kamu sebagai Presiden Suara Wanita 1Malaysia (SW1M). Rosak imej semua yang seangkatan denganmu.

Listen.

Kalau kita ada rumah yang kotor, kalau kita sayang akan rumah itu kita akan bersihkannya, atau sekurang-kurangnya cuba untuk memberitahu rakan serumah supaya bersihkannya, supaya semua dapat manfaat bersama, bukan dengan cara meninggalkan rumah tersebut dan cari rumah lain. Lihat? Perbandingan saya lebih tepat daripada bercakap pasal haiwan bermasalah tak tentu pasal.

Listen.

Beri Galaxy Note II lebih utama daripada beri jawapanlah? Malah ahli panel cuba untuk memberi penerangan pun dihalang? Oh, okay, masa sudah suntuk...dia nak balik rumah cepat cepat...hahaha.

Listen?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

© Q-riuz (2008 – 2013)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.

"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"