Friday, April 10, 2009

Selamat Tinggal Anak Didikku


Dahulu, kira-kira setahun yang lalu, ketika masih lagi awal tahun kedua pengajianku di UMS, aku mendapat berita yang menggemparkan oleh seorang kawan, yang juga merupakan salah seorang tenaga pengajar di Kampung Lokub. Katanya, semasa dia menonton berita di televisyen, ada berita yang memberitahu bahawa Sabah kini dalam proses membersih penempatan-penempatan pendatang asing. Maksudnya, Kampung Lokub juga tersenarai dalam projek pembersihan itu memandangkan majoriti yang tinggal di Kampung Lokub adalah pendatang kaum Filipina yang tidak mempunyai dokumen atau permit untuk tinggal di Sabah.(info tambahan)

Aku terdiam mendengar maklumat tersebut. Waktu itu adalah semasa awal semester tahun dua, dan sememangnya semasa cuti semester, aku tiada berada di situ untuk mengajar. Dua bulan lamanya. Risau kalau-kalau Kampung Lokub sudah tiada, budak-budak itu sudah tiada.

“Betul apa yang kau cakap ni?” aku bertanya kembali kepada Farhana, yang memaklumkanku tentang berita tersebut.

“Betul. Ana tengok dengan mata ana sendiri berita ni. Come on, why must I lie about it?” Farhana menjawab.

“Esok aku pergi tengok, kalau ada diorang aku terus mengajar. Kalau diorang tiada...” aku terdiam seketika, buntu.

“...kalau tiada...tiadalah...apa lagi yang kita boleh buat?” aku cuba memasrahkan hatiku dengan kenyataan ini.

Aku baru sahaja tiba ke UMS pada masa itu. Harap sesuatu yang baik akan berlaku pada semester itu. Terlalu sibuk pada tahun 1 di UMS me
nyebabkan kekangan waktu untuk pergi mengajar di Kampung Lokub. Sudahlah jarang pergi ke sana pada tahun 1, ditambah pula cuti semester 2 bulan lamanya, entah ingat entah tidak mereka padaku.

Esoknya, aku dan Mukhlis pergi ke Lokub. Sebaik sahaja tiba di sana, aku lihat sekeliling, rumah-rumah masih ada, Surau Nur Aman masih berdiri di situ, tiada apa-apa perubahan. Mereka masih berada di sana. Anak-anak didikku masih menungguku di sana, untuk menimba ilmu.

Aku menarik nafas panjang, lega. (info tambahan)

Hari-hari berikutnya, minggu-minggu berikutnya, semuanya dalam keadaan yang baik. Alhamdulillah, penduduk kampung mengambil inisiatif yang baik, dahulunya kawasan luar surau kampung mereka hanyalah lantai bersimen, kini sudah berjubin, nampak bersih malah lebih selesa untuk belajar. Ruangnya besar dan nyaman. Tidak perlu lagi belajar di bahagian dalam surau.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


“Mat! Jangan panjat! Turun sekarang! Ish budak ni!” kadang kala si budak Mat yang berumur dalam lingkungan 3-4 tahun itu memanjat-manjat tiang dan tembok surau. Lasak dan liar sungguh budak ini. Bila mendukung menurunkan dia dan meletakkan dia di bawah, pantang melepaskan mata dari dia sebentar, terus ada di atas tiang balik.

“Wuuaaaaaaa~” terdengar pula suara tangis budak lain.

“Ala...sini...jangan nangis...” aku cuba memujuk Saera yang entah tiba-tiba menangis. Sejujurnya aku tidak pandai langsung untuk memujuk kanak-kanak yang menangis. Pada saat itu Mat sudah kembali meneruskan hobinya, memanjat.

“Kenapa? Siapa buat?” aku cuba membelai dan memujuk si kecil ini.

Tangisannya makin kuat. Aku menggaru kepala, tidak tahu apa yang hendak dibuat.

“Eh, sinilah Rosmawati. Ko jaga budak ni...” aku menyuruh salah seorang daripada mereka yang agak besar sikit untuk memujuk Saera.

“Yang lain jangan bising! Belajar!” aku menegaskan. Ada yang sedang berlari sini sana, ada yang sedang berborak rancak.

Penat.

Dua jam di sana cukup meletihkan, menghauskan. Hendak melayan setiap kerenah budak-budak itu memang tidak terlayan. Kadangkala pening dibuatnya. Walaubagaimanapun, di sebalik kepenatan itu adanya kegembiraan. Ya, aku seronok melihat mereka rajin datang untuk belajar. Walaupun ada sesetengah di antara mereka yang masih terlalu kecil (dalam lingkungan 3 ke 4 tahun) dan tidak faham apa yang diajar, sekurang-kurangnya dengan melihat abang-abang dan kakak-kakak mereka belajar, proses menafsir, memahami dan menghafal akan berlaku secara tidak langsung. Walaupun tidak faham akan konsep rakaat dalam solat, tetapi sudah pandai mengikut tatacara dalam solat sudah cukup memuaskanku.

Semuanya baik sehinggalah pada malam Khamis yang lepas...

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
- Salam. Afiq, ada ko dapat apa-apa berita pasal Lokub?-

Aku terima mesej ini daripada Nisa’.

Berita apa? Tiada apa-apa maklumat yang aku terima pada hari itu. Hari Khamis adalah jadual para muslimat mengajar di Kampung Lokub, dan pada hari Sabtu adalah giliran kami muslimin untuk mengajar.

Aku bertemu dengan Nisa’ dan tenaga pengajar muslimat yang lain di kafe untuk bertanya dengan lebih lanjut mengenai berita yang mereka ingin sampaikan. Seakan penting dan susah untuk mereka nyatakan dalam sms.

“Macam ni, tadi petang kami pergi mengajar macam biasa, then, ada lah budak-budak tu. Tapi yang kecik-kecik je. Lepas tu diorang ada la bagitau...diorang dah kena halau. Kampung tu kena dibersihkan dalam tempoh dua minggu ni. Ada yang dah pergi dah, ada yang belum. Rumah mereka dah kena tanda dah, tanda X warna merah. Maksudnya kena robohlah tu tak lama lagi...”

Waktu itu aku hanya mampu mendengar. Seakan tidak percaya apa yang aku dengari. Akhirnya sampai juga ajal kampung itu.

“Ramai lagi yang ada dekat situ?” aku bertanya.

“Ada juga la...kami mengajar je macam biasa tadi.”

“Sabtu ni aku pergi, macam biasa. Nanti aku tengok.” kali ini keadaan yang sama berlaku lagi. Tetapi kali ini ianya adalah benar. Mungkin setahun dahulu kawasan penempatan mereka tidak dibersihkan lagi. Tetapi setelah tenaga pengajar muslimat pergi sendiri ke sana, kali ini aku tidak dapat menafikan.

“...kami cadang nak buat majlis perpisahan Khamis depan, buat makan-makan dekat sana dengan budak-budak tu...nak ke?” mereka memberi cadangan.

“Tengoklah...tapi kalau Khamis depan, belum tentu diorang ada lagi dekat sana. Mungkin dah pindah...mungkin Sabtu ni yang terakhir...”

“Jadi kita buat Sabtu ni lah?”

Aku tidak berani untuk berkata ya, juga tidak berani untuk berkata tidak. Pada saat itu, aku hanya berharap, perkara ini tidak terjadi, perkara ini hanyalah gurauan. Tidak! Mereka tidak diusir, mereka semua masih ada di situ. Sabtu ini mereka akan menunggu aku lagi, mereka akan belajar seperti biasa lagi. Semuanya tipu...semuanya dusta...bisik hati kecilku jauh di dalam.

“Tengoklah nanti...macam mana...nanti aku bagitau muslimin yang lain...”

Malam itu aku tidak dapat tidur. Risau bercampur sedih untuk menerima kenyataan bahawa mereka akan pergi meninggalkan aku. Terlalu singkat masanya. Baru setahun lebih aku mengajar mereka. Masih banyak lagi yang mereka perlu belajar...mereka tinggal di mana nanti? Menjadi pelarian? Pulang kampung saudara-mara? Tinggal dalam hutan? Mereka masyarakat yang miskin kebanyakannya. Untuk memiliki televisyen pun hanya dua buah rumah sahaja yang mampu memilikinya. Bagaimanalah keluarga mereka hendak terus hidup? Hanya Allah sajalah yang mengetahui segala-galanya.

Sejak malam itu hinggalah ke saat ini, aku berdoa kepada Mu ya Allah...kalau benarlah mereka akan pergi, biarlah mereka pergi dengan ilmu yang ku ajari dalam dada mereka...tanamkanlah jiwa Islam dalam diri mereka...berilah petunjuk kepada mereka untuk menghadapi hari-hari yang bakal mendatang...ya Allah...berilah ilmu Mu kepada mereka ya Allah...ilmu Engkaulah yang akan menolong mereka membesar dalam naungan syariat Mu...diriku yang lemah ini hanya mampu memberi ilmu Mu yang sedikit kepada mereka...demi Mu ya Allah...jadikanlah mereka manusia yang soleh dan solehah suatu hari nanti...janganlah Engkau menarik hidayah yang mereka perolehi ini ya Allah...sesungguhnya kepada Mu aku berserah dan meminta pertolongan...dan diri Mu adalah sebaik-baik pertolongan...

Mataku berkaca-kaca menahan sebak.

Esok, Sabtu, aku akan pergi menjenguk mereka...mudah-mudahan mereka masih di situ...untuk salamku yang terakhir kepada mereka...

(akan bersambung...)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. Qruiz memg x pndi nk pujuk budak ngis.. Lun pn nk nagis da ni bc cete kg Lqub ni..Lun hanya mampu berdoa dr jauh...moga anak2 d kg loqub slamat..

    ReplyDelete
  2. SALAM... nta amek ape ye kat ums?
    mengajar ke?

    ReplyDelete
  3. wasalam...my course is conservation biology...mengajar ni kerja sukarela sahaja

    ReplyDelete
  4. oh...ok..
    truskn usaha yg mulia ni..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum
    mcm dah lama dah rasanya akak x mnjengah ke blog afiq. Sedih jugak bila tau anak2 didik afiq tpaksa bpindah ke tempat lain..
    apa2 pun fiq, jgn putus asa utk terus mngajar insan lain...

    ReplyDelete
  6. salam....mcm mana dgn adik2 ni?

    ReplyDelete
  7. nurjihad, dah tulis post baru psal ni. silakan membaca :)

    ReplyDelete
  8. Salam...Alhamdulillah keadaan kg lokub smakin pulih...mungkin Allah nk beri peringatan awl kpd kte ntuk xleka dlm mewariskan ilmu kpd mereka..Mungkin Allah hndk kite brfkir ke dpn bukan hnya ntuk melaksanakan amanah smate2 ttp ntuk mnyampaikan risalah kpd adek2 itu ntuk mereka mengenal Allah...

    ReplyDelete

© Q-riuz (2008 – 2013)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.

"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"