Wednesday, April 20, 2011

Hati Baik & Hati Rosak

 
Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila baik, maka baiklah seluruhnya dan apabila rosak maka rosaklah seluruhnya, ketahuilah!itulah yang dikatakan hati. (HR Bukhari dan Muslim)       

Hati adalah tempat pandangan Allah, tempat pertimbangan, tumbuhnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan keras kepala, ketenangan dan kegelisahan. Hati juga sumber kebahagiaan, jika kita mampu membersihkannya, namun sebaliknya merupakan sumber bencana jika kita mengotorinya dengan maksiat dan sifat-sifat keji.

Hati yang baik akan melahirkan pertuturan dan perbuatan yang sentiasa baik. Mereka yang memiliki hati yang baik adalah mereka yang hatinya sentiasa dilembutkan dengan zikrullah dan sedar akan hakikat dirinya adalah hamba kepada penciptanya.

Bagi mereka yang memiliki hati yang hati rosak / mati, dapat dikesan dengan apabila hati dan fikirannya sentiasa disibukkan dengan perkara yang melalaikan lagi bermaksiat. Hatinya akan merasa resah dan tidak gemar dengan urusan yang melibatkan agama serta tidak bersungguh-sungguh dalam perkara kebaikan (memandang remeh). Mereka ini adalah mereka yang memiliki hati keras. Orang yang hatinya keras akan melahirkan sifat dan amalan yang nafsu suka.

Sedarilah bahawa hati kita adalah segalanya. Lembutkanlah hati dengan perkara-perkara yang soleh seperti menghadiri majlis ilmu, mendengar tazkirah, membaca dan mendengar al-Quran, zikir, azan dan seumpamanya. Hati adalah ibu kepada seluruh anggota kita. Petanda baik hati jika amalan dan apa sahaja yang lahir dari dirinya ke arah ketaatan dan menjunjung tinggi setiap inci urusan agama dan syiarnya. Begitulah juga jika sebaliknya, jika hati rosak, ketaatan dan kebaikan menjadi berat dan pertikaian padanya. Nauzubillah.

Jagalah hati kita, agar sentiasa diperbaiki dan baik dengan Allah dan seluruh makhluknya. Pastikan hati kita sentiasa hidup dengan cintakan Allah dan jangan biarkan mati hingga jauh dengan Allah.

Wallahu'alam.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

© Q-riuz (2008 – 2013)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.

"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"