Tuesday, April 26, 2011

Kuiz Ringkas Pengetahuan Internet

qriuz.learn.internet
Pembaca yang dikasihi sekalian, di sini saya ada sediakan kuiz ringkas untuk anda semua. Terdapat 50 istilah yang berkaitan dengan internet di bawah ini. Dengan jujur, dengan hanya sekali baca, berapa banyak istilah yang anda tahu, yang anda faham, yang pernah dengar, dan yang tidak pernah dengar? 

404 Error, ActiveX, Adware, Affiliate, ASP, Avatar, Backlink, Banner Ad, Blog, Torrent, Bookmark, Captcha, Client, Cookie, File Hosting, Firewall, Flash, FTP, HTML, HTTP, Hyperlink, ICQ, Internet Browser, Internet Domain, IP Address, IRC, ISP, JavaScript, LAN, Mirror, Noob, P2P, Phishing, Portal, Protocol, Proxy Server, Scam, Search Engine, Session, Social Networking, Spam, Spoofing, Spyware, Streaming, Web Host, Web Page, Web Server, Website, WWW, XHTML

Analisis markah sila baca selanjutnya:

Jawapan dikategorikan kepada 4 bahagian, FAHAM (boleh definisikan dan beri contoh), TAHU (boleh beri contoh berkaitan), PERNAH DENGAR (tak boleh beri contoh), TAK PERNAH DENGAR (tak tahu langsung). Kira bilangan 50 istilah di atas dan kategorikannya.

FAHAM > lain-lain : Tahniah anda memahami dunia internet dengan baik

TAHU > lain-lain : Anda melayari internet dengan berdasarkan pengalaman sahaja

PERNAH DENGAR > lain-lain : Masih lagi di zon bahaya apabila melayari internet

TAK PERNAH DENGAR > lain-lain : Jangan buka internet lagi lepas ini

*kalau sudi kongsikan markah dan keputusan kuiz ini di ruang komen di bawah

Jadi, anda pelayar internet yang bagaimana? Yang benar-benar memahami dunia internet dan tahu mengawalnya? Yang hanya melayari internet suka-suka tanpa memikir baik buruk tindakan yang anda lakukan semasa melayari internet? Yang buta internet?

Insyaallah, entri yang akan datang saya akan tuliskan dengan panjang lebar mengenai apa yang perlu diketahui mengenai internet (dan komputer secara umumnya) supaya pembaca sekalian dapat manfaat ilmu yang akan saya kongsikan nanti.

“Melayari internet tanpa ilmu ibarat menghisap rokok. Bukan sahaja tidak tahu akan membahayakan kesihatan diri, malah membahayakan kesihatan orang sekeliling” 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. er...tahu...huhu

    ReplyDelete
  2. 3 orang jer? Haha. Tapi bila pikir-pikir balik memang ada flaw dalam kuiz ni, kire kalo walaupun faham banyak berbanding yang lagi 3, tapi kalau campur tiga-tiga tu still sepatutnya ada sesuatu yang signifikan untuk dibandingkan dgn yg faham (satu lagi banyak). Takpe takpe, at least ada grasp of.

    ReplyDelete

© Q-riuz (2008 – 2013)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.

"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"