Monday, March 07, 2011

Halal, Haram, Sembelihan, & Babi



Saya terjumpa satu artikel di dalam satu forum berkenaan satu perbualan di mana seorang bukan-Islam bernama Bob bertanyakan seorang imam British tentang babi dan hukum haram.

Bob: Tolong beritahu saya kenapa seorang Muslim begitu prihatin tentang perkataan-perkataan Halal dan Haram. Apa maksud Halal dan Haram itu?

BM: Sesuatu yang dibenarkan digelar Halal dan sesuatu yang tidak dibenarkan digelar Haram dan Al-Quran menentukan perbezaan antara dua.

Bob: Boleh berikan saya contoh?

BM: Ya. Islam mengharamkan memakan apa jenis darah sekalipun. Awak tentu akan bersetuju dengan saya bahawa analisa kimia ke atas darah menunjukkan ia mengandungi kandungan asid urik yang tinggi. Asid urik adalah satu bahan kimia yang amat berbahaya kepada kesihatan manusia.

Bob: Anda betul berkenaan sifat toksik asid urik. Di dalam badan manusia, asid urik dibuang melalui bahan kumuh dan 98% daripada asid urik di dalam badan diekstrak daripada darah melalui buah pinggang yang dikeluarkan melalui kencing.

BM: Jadi saya rasa awak faham mengapa Islam mempunyai cara tersendiri di dalam penyembelihan binatang.

Bob: Maksud awak?

BM: Di dalam Islam, seorang penyembelih, dengan nama Yang Maha Esa, membuat pemotongan di urat leher dengan tidak mengusik urat-urat dan organ-organ lain.

Bob: Saya faham. Ini akan membolehkan binatang ini mati akibat daripada kehilangan darah yang total dan bukannya akibat daripada kecederaan kepada mana-mana organ utama.

BM: Betul. Sekiranya organ-organ utama, contohnya jantung, hati atau otak, cedera ataupun rosak, binatang itu masih juga boleh mati dengan serta merta, tetapi darahnya akan terkumpul di dalam urat-urat yang akan kemudiannya menyerap kedalam daging. Ini bermakna daging binatang tersebut akan mengandungi urik asid yang beracun. Baru kini pakar-pakar pemakanan kita sedar berkenaan ini.

Bob: Berbalik kepada topik makanan, mengapakah Islam mengharamkan memakan babi atau apa-apa makanan yang berkaitan dengan babi?

BM: Sebenarnya, bukan Islam sahaja yang mengharamkan memakan babi. Malahan kitab Injil di dalam surah Leviticus Bab 11: Ayat 8, mengatakan "dagingnya khinzir jangan kamu makan, bangkainya jangan kamu sentuh; mereka adalah tidak suci bagi anda." Juga, tahukah anda bahawa seekor babi tidak boleh disembelih kerana ia tidak mempunyai leher? Ini adalah sifat semulajadi anatominya. Dari pandangan Islam, jika seekor babi itu boleh disembelih untuk dimakan manusia, sudah tentulah Tuhan akan memberikan leher kepadanya. Saya juga percaya awak tahu berkenaan kesan-kesan buruk memakan apa jenis daing babi.

Bob: Sains perubatan mendapati bahawa terdapat risiko penyakit-penyakit yang dibawa oleh babi sebagai tuanrumah semulajadi parasit-parasit dan penyakit.

BM: Ya, dan selain daripada itu, berbalik kepada perbincangan kandungan asid urik di dalam darah tadi, perlu diambil perhatian bahawa biokimia seekor babi membuang hanya 2% daripada kandungan asid uriknya manakala baki 98% di simpan di dalam badan babi itu. Babi juga memakan najisnya sendiri dan ini bermaksud bahawa segala asid urik dan bahan buangan lain akan masuk semula kedalam badannya.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

© Q-riuz (2008 – 2013)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.

"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"