Thursday, March 24, 2011

Internet…To Live With Or Not

qriuz.no.internet

Aduh…sehari tanpa internet terasa macam seminggu tak makan. Apatah lagi seminggu tanpa internet, macam mayat hidup!

Bila difikir-fikirkan kembali, apa yang menyebabkan saya (dan juga orang lain) terasa kehilangan internet begitu teruk sekali? Apa yang diracun oleh internet kepada webaholic seperti saya sehingga tidak boleh hidup tanpanya?

The World Is In Your Hand

Internet, secara tidak langsung berjaya mengubah cara hidup dan cara bertindak kebanyakan manusia. Baik dari segi cara hidup, rutin harian, hinggalah kepada cara bersosial.

Kerana, dalam internet ada segala-galanya.

EVERYTHING!

Ya, mungkin tidak segala-galanya dalam konteks segala-gala yang memang segala-gala yang segala-galanya. Tapi inilah yang paling menghampiri darjat ‘segala-galanya’, internet.

Nak tahu berita? Tak perlu tunggu jam lapan malam di kaca televisyen, di internet kita dapat berita tak sampai seminit yang lalu pun.

Nak tahu apa kawan-kawan tengah buat sekarang? Nah…tak perlu SMS, itu pun sudah dikira ketinggalan. Semuanya ada dalam Facebook. Ada kawan online dalam Facebook, tengah free la tu dia.

Nak belajar benda yang tidak dipelajari di sekolah seperti tukar tayar kereta, tampal tapak kasut, anyam ketupat dan banyak lagi, semuanya ada di internet.

Kerana kita bergantung pada internet untuk mengetahui hampir segalanya.

Kerana kita bergantung pada internet untuk melakukan sesuatu hampir segalanya.

Kerana kita bergantung pada internet untuk berurusan dan berhubung hampir segalanya.

Inilah internet yang sudah mengubah cara hidup kita sama ada sedar atau tidak.

Bagus Atau Tidak?

Inilah persoalan yang sering bermain di minda. Baik ahli politik, peniaga dan usahawan, orang tua, remaja dan kanak-kanak, kesemua kita memainkan peranan dalam sebuah ‘gear kehidupan’ yang besar ini. Setiap kita memberi kesan kepada orang di sekeliling kita. Baik atau buruk, itu yang dirisaukan.

Tetapi untuk melabelkan internet sebagai entiti yang boleh dibaik atau dijahatkan adalah tidak berasas. Internet itu sifatnya subjektif, tiada baik dan tiada jahat. Yang menjadikannya baik atau jahat adalah pengguna itu sendiri. Ya, manusia.

“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)

Jangan sampai makan minum pun nanti kena pakai internet juga!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. p/s: entri membebel, maka bebelannya saja yang banyak, isinya sikit. :P

    ReplyDelete

© Q-riuz (2008 – 2013)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.

"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"