Monday, June 15, 2009

Blog Q-riuz Sudah Satu Tahun



Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani,
Segala puji dan pujian hanya untuk Allah, tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w.

Alhamdulillah.

Akhirnya sudah setahun saya menjadi blogger. Masa berlalu dengan begitu pantas, sedar tidak sedar sudah sejauh ini blog ini dibaca oleh pelayar internet di seluruh dunia. Jutaan terima kasih tidak terhingga kepada semua pembaca, sama ada pembaca setia, terbaca atau tersinggah di blog Q-riuz ini, anda semua adalah pemangkin untuk blog Q-riuz ini terus aktif. Blog ini masih lagi mentah sebenarnya, penulisnya masih lagi setahun jagung dalam dunia blog ini dan masih banyak yang perlu dipelajari. Atas kritikan dan dorongan dan juga komentar yang diberi oleh anda semua sahajalah yang membolehkan blog Q-riuz ini mencapai ke tahap yang lebih tinggi.

Banyak perkara yang saya pelajari sepanjang setahun saya menjadi blogger. Terlalu banyak sehingga saya sendiri tidak dapat menyenaraikannya. Apa yang paling penting, di dunia siber dan teknologi ini, saya dapati berinteraksi di alam maya adalah suatu kelebihan yang jelas dan terlalu banyak ilmu boleh kita perolehi, dan menjadikan kita lebih matang, kritis dan kreatif.

Ustaz Zaharuddin pernah berkata, "Kalau saya berceramah pun, belum tentu seribu orang akan mendengar ceramah saya dalam satu masa. Melalui blog saya berjaya."

Apa yang beliau katakan itu memang benar. Kini blog sudah menjadi medium yang paling mudah, cepat dan murah untuk menyampaikan ilmu atau pendapat kita tentang sesuatu perkara. Paling penting, blog sebagai medan dakwah. Ya, salah satu sebab utama saya terjun ke dunia blog ini tidak lain dan tidak bukan adalah demi menyebarkan ajaran suci lagi syumul yakni Islam, tidak lain hanya untuk mencapai keredhaan-Nya.

Insyaallah.

Beberapa Fakta Tentang Blog Q-riuz

1. Mula dibina pada 10 Jun 2008
2. Sudah 3 kali menukar template blog, dan yang terkini adalah yang paling lama dan paling cantik (setuju?)
3. Blog ini sudah dilayari atau terlayari sebanyak lebih 8000 kali dalam tempoh setahun ini
4. Secara purata, setiap hari seramai 13-15 unique visitor (pelawat yang berkunjung melalui IP address yang berbeza) melayari blog ini (statistik diperoleh daripada topblogs.iluvislam.com)
5. Kisah Anak-anak Didik Kampung Lokub adalah artikel yang paling digemari oleh pembaca (melalui respon-respon yang diterima)
6. Blogger yang paling banyak memberi komen adalah saudara Lun
7. Artikel pertama yang mendapat respon yang hebat dan dicopy paste ke tempat lain oleh pembaca adalah artikel Cintakan Ilmu
8. Artikel yang berlabel Quest dalam kategori artikel-artikel dalam blog ini adalah berdasarkan kisah hidup penulis sendiri, yakni afiQ
9. Widget yang paling lama bertahan dalam blog ini adalah widget jam.

Siri Baru Dalam Blog Q-riuz


Saya sebenarnya masih lagi dalam proses untuk menulis sebuah novel bersiri, atau lebih tepat lagi cerita bersiri yang akan saya siarkan di blog ini episod demi episod sedikit demi sedikit. Ya, ianya adalah hasil karya saya sendiri yang pertama, dan agak 'besar'. Mungkin saya akan siarkannya dalam seminggu sekali atau dua minggu sekali atau sebulan sekali, melihat kepada respon pembaca dan kesempatan masa yang saya ada nanti. Segala komen dan kritikan untuk novel bersiri ini nanti oleh pembaca adalah amat diharapkan. Nantikan dalam tempoh terdekat untuk episod yang pertama. Oh ya, tajuknya adalah ALTERNATIF. Genrenya penggembaraan, jenayah dan misteri, dan semestinya, ada diselitkan unsur dakwah di dalamnya.

Testimonial Untuk Blog Q-riuz Daripada Sahabat Blogger

Nurjihad: "Tahniah! Blog yang bermanfaat. Boleh dipertingkatkan lagi dengan idea-idea yang lebih segar!"

Nur Zinnirah: "First, tahniah dapat kekal sebagai blogger, semoga terus thabat dengan apa yang awak buat. Second, memandangkan Q-riuz dah masuk setahun, bagi la 'dia' makanan yang lebih sihat, 'makanan' untuk jiwa-jiwa yang melawatnya. Third, luruskan kembali niat, kenapa perlu ada blog...letakkan Allah dan Rasul di depan, biarlah ia menjadi method dakwah alaf ini. Buatlah semuanya untuk Islam mengikut jalan yang lurus terbentang. Takbir!!

Syah Yaya: "Tahniah atas blog yang tercipta. Sangat suka membaca blog anda dan sememangnya amat memberi kesedaran kepada jiwa dan memberi banyak input dan maklumat berguna. Jealousnya aku dengan blog hang ni, hehe...Selamat berjihad melalui alam maya. Kalau boleh lepas ini banyakkan lagi input dan maklumat. Suka dengan entry Anak Kecil Takutkan Api Neraka, dan post-post yang berbentuk cerita begini selalunya lebih menarik daripada ayat-ayat yang agak skema dan lagi menarik kalau tambah lagi banyak gambaq. Hihi (^_^)

Cyna Fitra: "Erm...tak tau nak kata la, tapi kalau boleh banyakkan lagi tentang isu semasa. Dasar Malaysia ke, politik ke, resepi ke...? Oh maaf mengarut je. Your own thoughts about isu-isu semasa ke... Kritikan? Takde rasanya."

Luriahk: "Mengikut kajian saya, apa yang menyebabkan pembaca hilang minat untuk membaca dalam sebilangan blog adalah, artikel copy paste, tiada gambar, terlampau banyak perkataan. Dan blog yang berunsur Islami tidak ramai pengunjung kerana tiada ulasan oleh penulis, dan terlalu 'berat' untuk sesetengah pembaca. Maka antara perubahan yang boleh anda buat supaya blog anda tidak menjadi seperti blog-blog lain yang agak mengecewakan, adalah, penulisan yang ringkas dan padat, selitkan unsur jenaka, kaitkan dengan kehidupan harian, letak gambar yang menarik, dan kaitan dengan al-Quran dan hadith."

Perjuangan Tetap Diteruskan

Insyaallah, dengan kesempatan dan ilmu yang saya ada, dan juga dorongan dan kritikan daripada pembaca semua, blog ini akan cuba dimajukan terutamanya dari segi kualiti artikel dan keasliannya. Yang pasti, saya tidak akan mensia-siakan ruang yang ada ini dan menggunakannya semaksimum mungkin. Sekali lagi saya mengucapkan syukur yang tidak terhingga kepada ilahi, dan jutaan terima kasih kepada semua pembaca yang dikasihi sekalian.

"Sesungguhnya Allah, Malaikat-Nya, penduduk langit dan bumi sehinggakan semut di sarangnya dan ikan di lautan pasti akan mendoakan (kebaikan) buat orang yang mengajar manusia ilmu kebaikan (agama)" (Riwayat at-Tirmizi)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. asl lun type kt google x kelua serch result mcm hang?

    ReplyDelete
  2. maksud ko blog ko atau blog aku? kalo blog aku, mmg kuar cm dlm gmbr, kalo blog ko, mmg xkan kuar. hehehehe
    ~_~

    ReplyDelete
  3. Salam..wow mletup..

    ba,truskn memblog..biar dpt phala lebih,haha..

    takbir!!

    ReplyDelete

© Q-riuz (2008 – 2013)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.

"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"