Monday, June 22, 2009

Hesh Satu Dan Satu





Sejak beberapa minggu yang lalu, saya tidak lagi turun ke Kuala Lumpur jika tidak melainkan perkara-perkara yang penting yang memerlukan saya untuk berada di sana. Begitu juga di Lembah Klang, not going there without any purpose.

Menurut berita, sekarang sudah masuk angka yang ke-50 bagi mangsa virus H1N1 di Malaysia, dan yang terkini adalah di Kuala Lumpur, mangsanya adalah seorang pelajar berumur 11 tahun. Sekolahnya ditutup seminggu dan semua kakitangan dan pelajar sekolah itu dikehendaki dikuaratinkan di rumah masing-masing.

Saya berdoa agar rakan-rakan dan saudara-mara saya yang berada di Kuala Lumpur tidak dijangkiti penyakit ini.



Ujian Itu Kifarah, Ujian Itu Nikmat, Nikmat Itu Juga Bala

Dunia kini telah berlaku pelbagai musibah dari sekecil-kecilnya sehinggalah sebesar-besar musibah. Satu-satu musibah yang melanda sama ada dalam bentuk tragedi atau penyakit merupakan satu "pembicaraan" Allah kepada kita sebagai hambanya yang sering alpa.

Ya, jika seseorang itu beramal soleh, mentaati Allah dan menjauhi segala larangannya, jika ditimpakan ujian juga ke atasnya, dia boleh tersenyum lega kerana, itulah tanda bahawa Allah swt ingin menghapuskan segala dosanya dan meninggikan darjatnya agar sesuai dengan ganjaran syurga yang akan diberikan kepadanya. Ya, berbahagialah manusia ini.

Bagi mereka yang ditimpa ujian seperti bencana alam, penyakit atau peperangan yang membawa kepada kebinasaan dan korban berjuta jiwa, ingatlah bahawa Allah sedang murka dan "bicara" Allah amat keras kepada kita. Segeralah bertaubat dan segerahlah kembali kepada segala ajaranNya yang disampaikan melalui rasulNya. Jangan sesekali ingkar akan perintahNya. Ya, inilah hakikatnya, kini, peperangan yang mengorbankan jiwa dan harta serta mencetuskan huru-hara di mana-mana sahaja berlaku. Tragedi yang bermula semenjak puluhan atau ratusan tahun dahulu tidak lagi berjaya diselesaikan. Pelbagai resolusi dan persidangan dibuat, namun, resolusi hanya pada kertas, persidangan hanya tinggal meja. Apa penyelesaiannya? Apa kesudahannya? Hanyalah jiwa dan harta yang terus menjadi korban.

Begitu juga dengan keamanan negara tetapi dicemari dengan pelbagai penyakit yang entah mana usulnya? Entah mana datangnya? Entah apa penawarnya?. Begitu juga keamanan yang dicemari dengan jenayah yang pelbagai, itu semua juga "bicara" Allah kepada kita yang tidak ada tujuan lain, untuk memberikan amaran bahawa, terlalu jauh kita melampaui batas. Terlalu banyak mungkar yang tercetus tetapi kita hanya melihat seolah-oleh tiada apa yang berlaku. Ya, kita sewajibnya bersyukur kerana amat bertuah kita menjadi umat Nabi Muhammad saw dimana, umat Baginda tidak akan dihancurkan jika berbuat dosa sepertimana Allah hancurkan umat yang terdahulu. Malah, jika kita bertaubat, pengampunan Allah tiada tepiannya, lebih luas dari dosa yang kita lakukan. Maha penyayangnya Allah, namun, malang sekali kita mudah tertipu dengan dunia yang nyata fananya.

Namun, perlu diingat juga, jika kita sering ingkar, sering melakukan dosa, tetapi Allah tetap juga berikan nikmatNya kepada kita. Awas, itu tandanya Allah beri secara murka. Ya, Allah akan bagi segala bentuk kemewahan dan kesenangan dunia kepada sesiapa yang Allah suka dan kepada sesiapan yang Allah murka. Kerana Apa? Segala bentuk nikmat dunia tiada apa nilainya kepada Allah. Tapi, awas! Dengan nikmat kesenangan itulah yang akan membuatkan kita menyesal tidak berkesudahan dan tidak ada gunanya lagi. Nikmat itulah yang akan melalaikan kita dan terus memfitnah kita di akhirat kelak. Awas, segeralah bertaubat dan infaqlah harta di jalan Allah. Banyakkan bersekah kerana ia penawar penyakit. Tunaikanlah zakat kerana ia akan menyucikan harta. Infaqlah kepada jalan Allah, sesungguhnya, Allah akan membayarnya semula dengan syurga yang tidak tergambar nikmatnya.


Faktor Atau Punca Berlaku Bala

Dalam kesempatan ini, saya cuba mengambil beberapa pendekatan daripada hadis-hadis sahih Nabi Muhammad s.a.w. sejak 14 abad yang lalu yang menyebut secara jelas faktor, sebab atau punca berlaku bala yang dikirim oleh Allah SWT ke atas umat Baginda:

1- Ilmu Islam akan beransur hilang sedikit demi sedikit.

2- Umat Islam sanggup mengikuti jejak langkah Yahudi dan Nasrani dalam tindakan, teladan, pertuturan dan cara hidup mereka.

3- Muncul golong anti hadis (yang tidak dibendung).

4- Umat Islam yang terlalu banyak bergelumang dalam keseronokan.

5- Terlampau mewah.

6- Menghimpun harta sebanyak mungkin (hingga lupa untuk menggarap ilmu agama).

7- Tipu menipu dalam perkara dunia.

8- Saling bertengkar dalam urusan remeh-temeh (yang sepatutnya boleh dimaafkan).

9- Tersebar luas hasad dengki serta hasut menghasut di kalangan mereka.

10- Islam dianggap sebagai agama asing atau berdagang di negara umat Islam sendiri.

11- Berleluasa amalan rasuah dengan pelbagai bentuk dan helah.

12- Orang yang baik terlalu sedikit, malah orang yang jahat semakin ramai.

13- Muncul orang yang tidak peduli sumber harta yang diperolehinya.

14- Riba wujud di mana-mana.

15- Ramai yang minum arak dan menamakannya sebagai bukan arak.

16- Golongan lelaki semakin sedikit dan golongan wanita semakin ramai.

17- Golongan lelaki yang menyerupai wanita dan sebaliknya.

18- Ibu melahirkan tuannya.

19- Bangunan pencakar langit.

20- Muncul ramai ahli ibadat tapi jahil dan ramai golongan ulama tapi fasiq.

21- Orang yang berpegang dengan Islam bagai menggenggam bara api.

22- Berlaku peperangan demi peperangan.

23- Masa akan menjadi singkat.

24- Muncul galian-galian bumi.

25- Ujian yang dahsyat terhadap iman.

26- Peperangan di kawasan sungai Furat kerana menyebut kekayaan.

27- Ketiadaan iman untuk bersolat jamaah.

28- Al-Quran akan hilang dan ilmu akan diangkat menghadap Allah.

29- Bermegah-megah dengah keindahan masjid dan kosong dengan pengisian agama.

30- Menggadai agama kerana dunia.

31- Pelaksanaan haji dan umrah bukan kerana Allah.

32- Harta negara bertukar tangan di kalangan pemimpin.

33- Sesuatu amanah dianggap sebagai batu loncatan untuk mengaut keuntungan.

34- Bayaran zakat dianggap sebagai denda/saman.

35- Suami yang terlalu tunduk kepada isteri.

36- Anak-anak yang menderhaka terhadap ibu mereka.

37- Muncul ramai orang yang patuh dan setia yang tidak berbelah bagi kepada kawan dan rakan.

38- Golongan bapa yang hampa kerana disia-siakan oleh anak-anak mereka sendiri.

39- Berlaku pertengkaran dalam masjid.

40- Apabila orang yang rendah maruahnya dipilih menjadi ketua sesuatu kaum.

41- Apabila orang memuliakan orang lain kerana takutkan kejahatannya.

42- Apabila minuman keras tersebar luas.

43- Ramai golongan lelaki yang memakai sutera.

44- Artis-artis wanita diagung-agungkan.

45- Alat-alat muzik diguna-pakai (sebagai mata pencarian).

46- Kesilapan manusia hari ini mengutuk generasi terdahulu.

Apabila perkara yang disebutkan itu berlaku, maka kata Nabi, tunggulah ketika itu akan datang kepada manusia angin panas, ribut taufan, puting beliung dan bahaya-bahaya yang lain serta hingga berlaku penukaran corak dan rupa.




Salman Al-Farisi r.a. berkata: “sesungguhnya Allah menguji hamba yang mukmin dengan bala, kemudian menyembuhkannya dan menjadi penebus dosa-dosa yang lalu, dan pengingatan untuk masa akan datang.”

“Allah juga memberi bala kepada orang kafir, kemudian menyembuhkannya, maka dia (orang kafir itu) seumpama unta yang diikat kemudian dilepaskan tanpa mengerti mengapakah dia diikat dan mengapa dilepaskan”

p/s: Maklumat tambahan, kalau saya turun ke KL juga bila-bila masa nanti, saya akan memakai topeng untuk mengelak daripada dijangkiti virus H1N1, tetapi saya tidak memakai topeng penutup mulut yang biasa (dan murah) itu. Saya ada topeng khas tersendiri, dan ini gambar saya memakai topeng tersebut:


"Henshin! Kamen Rider Kabuto!"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. Salam..
    aku blur..
    apa tu hesh satu n satu..

    ReplyDelete
  2. bkn hesh tp hech,haha..

    ReplyDelete
  3. Salam..

    Sebetulnya 'ech', bukan 'hesh' atau 'hech'. Kidding! =P

    Nice article. Makes me want to go back to Terengganu.

    ReplyDelete
  4. maaf, 'hesh' itu bahasa inggeris. yang tepatnya untuk bahasa melayu adalah 'ech'. ~_~

    ReplyDelete

© Q-riuz (2008 – 2013)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.

"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"